Cerita ArtisHiburan

Mahu Kembalikan Style ‘Crooner’, Fariz Kamil Muncul Denken Single Terluka

Fariz Kamil merupakan nama yang betul-betul segar dalam industri nyanyian tanah air. Berusia 29 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur, Fariz memulakan nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi.

Jejaka ini mula memberanikan diri untuk menyanyi di pentas ketika di darjah enam. Kemudian minatnya untuk menjadi penyanyi kian bercambah hari ke hari. 

Meminati muzik bergenre balada dan pop, Fariz mempunyai visi dan misi tersendiri untuk melangkahkan kaki ke dalam dunia nyanyian tanah air. 

“Saya mempunyai visi tersendiri iaitu ingin mengembalikan ‘style crooner’ ala lagu-lagu nostalgia yang tidak lapuk ditelan zaman.

“Ia seiring dengan misi saya untuk mengekalkan lagu konsep pop balada supaya menjadi malar segar seperti penyanyi terdahulu,” ujarnya yang mengidolakan Art Fazil dan Datuk M.Nasir.       

Oleh itu, Fariz kini muncul dengan lagu berjudul Terluka yang merupakan single perdana nyanyiannya. 

Jejaka bersuara jantan ini merupakan penyanyi  terbaru syarikat rakaman Moro Records.

Lagu berkonsep pop balada ini merupakan hasil ciptaan artis dan komposer serta produser terkenal Singapura, Art Fazil.  

Sementara itu Art Fazil, dia mempunyai sebab tersendiri untuk menghasilkan dan sekaligus menerbitkan lagu untuk Fariz. 

“Saya memilih Fariz kerana suaranya yang unik. Tidak ramai artis iaitu penyanyi baru masa kini yang mempunyai suara jantan. Kami sengaja merakam Fariz dan melawan arus masa kini kerana dia mempunyai potensi besar untuk menjadi suara terkenal di Nusantara.

“Saya meminati penyanyi lagenda Indonesia, Broery Marantika dan saya melihat suara Fariz ada potensi untuk menyanyikan lagu lagu ala crooner dengan baik seperti Broery,” ujar Art.                                                                                                         

Lagu berkenaan mengisahkan tentang kedukaan yang dialami seseorang yang ditinggalkan kekasihnya.

Menariknya tentang pembikinan lagu ini kerana mendapat hasil air tangan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air. 

Lagu ini mendapat kerjasama Eddie Marzuki dan Addy Cradle untuk bahagian gitar, Ujang Exist untuk dram dan orkestra di bawah pimpinan Eddie Marzuki.

Eddie turut menyumbangkan bahagian bass untuk lagu yang diterbitkan pada bulan Oktober 2020 ini. Mendapat kerjasama dari individu-individu ternama industri, Fariz merasa berbesar hati dan bertuah. Malah dia mempunyai harapan peribadi melalui lagu Terluka.

“Saya mengharapkan suatu hari nanti, saya mampu  menjadi seperti penyanyi-penyanyi terdahulu di mana lagu mereka kekal hingga ke hari ini

“Saya juga mengharapkan agar dapat berkongsi perasaan melalui lagu dan nyanyian saya nanti serta dapat menghiburkan para pendengar,” ujar Fariz Kamil.

Muzik video lagu ini menggambarkan keperihan seorang yang terluka hatinya akibat ditinggalkan kekasihnya.

Penggambaran yang dibuat di dalam suasana hujan malam memberikan suntikan tragis di dalam menyampaikan emosi lagu tersebut.

Muzik video rasmi dengan durasi 3 minit 42 saat ini boleh ditonton di laman YouTube Mororecs. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button