
“Sondol La Laki Bujang, Bukan Sondol Laki Orang” – Fadzil Zahari Diganggu, Dapat Gambar Seksi Ketika Isteri Sedang Berpantang
Penerbit dan juga suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mendedahkan dirinya pernah diganggu seorang wanita.
Menerusi satu perkongsian di video, Fadzil turut menunjukkan mesej-mesej yang diterima daripada wanita berkenaan.
“Sondol la laki bujang, bukan sondol laki orang… Abang pun tak paham perangai orang macam ni.
“Dah tau abang ni laki orang, sibuk nak try lagi, hang dah kenapa?” ujarnya.

Menurut Fadzil, wanita berkenaan mula menghantar mesej di aplikasi Telegram miliknya.
“Pompuan ni start mesej telegram abang, masa isteri abang tengah berpantang anak no 2, siap send gambaq seksi dia,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fadzil menyatakan bahawa dia memang meletakkan nombor telefonnya di Instagram syarikatnya iaitu Prokuya Studios.
Jelasnya, tujuan dia meletakkan nombor telefon berkenaan bagi memudahkan mana-mana pihak yang mahu berurusan berkenaan perniagaan. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Fadzil Zahari