Cerita ArtisHiburan

Mahu Tampil Lebih Kerap Secara Online, Hafiz Hamidun Rancang Anjur Konsert Virtual

Sejak wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, ternyata ia telah memberi kesan yang cukup besar, terutama sekali industri hiburan.

Malah, banyak acara-acara hiburan seperti persembahan dan konsert terpaksa dibatalkan.

Begitu juga yang terpaksa dilalui penyanyi nasyid Hafiz Hamidun apabila banyak perancangan telah dibatalkan pada tahun ini.

“Saya harus menarik diri dari persembahan awam yang dijadualkan pada tahun 2021 dengan sopan.

“Ini keputusan yang sukar untuk dibuat, tetapi saya percaya sebagai seorang penghibur, saya harus memainkan peranan saya dalam perjuangan mengharungi pandemik ini,” jelasnya.

Menurut Hafiz, dalam keadaan sekarang ini juga dia merancang untuk lebih banyak penampilan secara online.

Dia turut berharap dapat menganjurkan konsert ‘virtual’ untuk album Marhaba yang baru sahaja dihasilkannya tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu album berkenaan telah mendapat lebih dari 120,000 strim di Spotify dan terjual lebih dari 3000 salinan, walaupun terdapat ketidakpastian industri muzik global kerana wabak Covid-19.

“Saya merancang untuk merakam semua 13 video muzik untuk album ini, tetapi semuanya nampak mustahil sekarang.

“Walaupun begitu, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu video muzik sebelum Ramadhan yang akan datang,” jelasnya.

Marhaba terdiri daripada 13 Salawat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa seperti Ya Imam Ar-Rusli, Tholama Ashku Ghoromi, dan Tola ‘Al-Badru’ Alayna.

“Album ini juga menampilkan Mostafa Atef dari Mesir dalam “Man Sagher Habeetak” dan Naufal Zayne dalam ‘Khairal Bariyyah’. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button