Cerita ArtisHiburan

Usop Tampil Dengan Single Lenyap, Lagu Yang Meruntun Jiwa Dan Penuh Emosi

Setelah beberapa bulan muncul sebagai Naib Juara Big Stage 2020, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih terkenal dengan panggilan Usop kembali mempertaruhkan single terbaharu berjudul Lenyap.

Istimewanya, lagu berkenaan merupakan ciptaan komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music Publishing.

Bercerita mengenai single terbaharunya, Usop berkata, lagu berkenaan padat dengan emosi dan pasti meruntun jiwa dengan gaya yang lebih suave 

“Lenyap menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.”

“Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupakan sekuel kepada dua lagu saya yang terdahulu iaitu Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

Mengenai proses pembikinan lagu berkenaan, Usop yang juga Naib Juara Mentor Milenia 2017 itu menyatakan ia mengambil tempoh agak lama untuk disiapkan.

Jelasnya, hal yang demikian kerana pada ketika itu dia sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.

“Lenyap dirakamkan di studio Faizal Tahir ketika PKPB dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab menyusun segala jadual saya dan menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan, walaupun penat dengan sesi latihan Big Stage 2020 kami berjaya melakukannya akhirnya.

“Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan komposer-komposer hebat tanah air kerana senang bekerja dengan mereka dan banyak ilmu yang saya timba ketika sesi rakaman dijalankan.

Sementara itu, mengenai aktivitinya sepanjang PKP dilaksanakan, Usop memberitahu dia lebih banyak lebih banyak menghabiskan masa di kampung bersama keluarga dengan membantu mereka menguruskan perniagaan nasi kandar.

“Selain itu, saya juga turut menggunakan masa yang ada ketika PKP dengan membuat cover video atas permintaan peminat-peminat saya,” ujarnya.

Manakala bagi single kali ini, Usop tampak sedikit dewasa dengan imej suave yang ditampilkannya dan peminat berpeluang menyaksikannya menerusi video muzik Lenyap.

Jalan cerita video muzik Lenyap mengisahkan tentang seorang jejaka yang masih belum dapat move on walaupun sudah lima tahun kehilangan kekasihnya, dan proses penggambaran agak mencabar kerana ia dilakukan sewaktu musim hujan baru-baru ini.

Lagu Lenyap boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Untuk video muzik lagu Lenyap ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button