Cerita ArtisHiburan

Ada Pihak Pertikai Gelaran Datuk Yang Diterima Nora Ariffin… Individu Ini Tampil Beri Penjelasan

Hari ini, penyanyi Nora Ariffin merupakan salah seorang daripada tiga orang anak seni yang mendapat gelaran ‘Datuk’ semper sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga segelintir yang mempertikaikan gelaran yang diterimanya memandangkan Nora selama ini hanya dikenali sebagai seorang penyanyi.

Menariknya, seorang individu yang menggunakan nama @sepitsiput di Instagram lantas menjelaskan mengenainya.

“Meols dapat beberapa DM bertanya tentang kesahihan Nora Ariffin dapat datukship sempena Hari Wilayah. Dan ada yang mempertikai.

“Meols rasa curls kena kentli yang Kak Nora tu bukan skadar penyanyi, tapi juga Pengarah Urusan Hud Hud Media yang dah berbelas tahun mencipta kandungan kreatif untuk Islamic Edutainment,” jelasnya.

Menurut individu itu lagi, produk syarikat berkenaan juga sudah bertapak di banyak negara Asia dan memang antara syarikat berstatus MSC.

“So janganlah hina dia just because curls rasa dia penyanyi sendu. Lagipun ayah Kak Nora sendiri bergelar Datuk,” ujarnya.

Selain Nora, dua lagi anak seni yang turut mendapat gelaran Datuk adalah Habsah Hassan dan Yusry Abdul Halim. – KopiPlanet.com

Kredit Foto & Info: Instagram Nora Ariffin & @sepitsiput

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
3
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button