Cerita ArtisHiburan

“Saya Difitnah!” Issey Fazlisham Dakwa Ada Pihak Guna Videonya Untuk Promosi Judi Online

Penyampai radio dan pelawak popular, Issey Fazlisham menyatakan ada pihak tidak menggunakan videonya untuk promosi perjudian online.

Issey berkata, video berkenaan telah diedit dan seperti menggambarkan dirinya sedang bermain judi secara online.

“Assalamualaikum, hari ini saya dapat tahu satu benda ni, saya telah difitnah. Ada pihak yang tak bertanggungjawab entah bangang mana dia dah pakai video saya untuk promosikan video judi online.

“Ya Allah… Allahuakbar, dahlah video tu daripada Tik Tok Fizi Ali. Dia sengaja rakam video tu semasa kami di bekerja konti Suria. Kemudian dia upload dekat akaun Tik Tok dia,” ujarnya.

Tegas Issey, dia mengarahkan agar pihak yang bertanggungjawab iaitu pemilik judi online berkenaan supaya memadamkan posting video tersebut.

Ujarnya, sekiranya video berkenaan tidak dipadam, dia mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Ini dah fitnah besar ni. Judi boh.. bukan saya boh…” ujarnya.

Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis menyarankan agar membawa perkara tersebut kepada pihak polis. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button