Cerita ArtisHiburan

Ada Individu Mahu Beri Hadiah Dua Bilah Kapak, Suhaimi Saad Mahu Balas Beri Dua Batu Nesan

Setelah menyatakan hasrat mahu meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid, Suhaimi Saad mengakui sudah merakamkan sebuah demo lagu rock kapak.

Menerusi laporan sebuah portal, Suhaimi berkata, lagu demo rock kapak berkenaan berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa.

Yang terbaru, ada seorang individu yang membuat posting ingin menghadiahkan penyanyi berkenaan dua bilah kapak.

“Assalamualaikum… pakcik dah sedia hadiahkan 2 bilah kapak ni untuk Suhaimi Saad.

“Tanda sokongan pakcik buat Suhaimi sebagai penyanyi rock kapak setelah Suhaimi letak jawatan sebagai penyanyi,” ujarnya.

Tidak berdiam diri, Suhami yang berkongsikan posting itu di Instagram miliknya menyatakan akan membalas hadiah tersebut.

“Mujoq fb ss kena block, tak bleh nak komen. Kalau tak, sah-sah ss dah komen kat situ.

“Terima kasih uncle hadiah tu bleh pos je guna JnT. Nanti bleh la ss balas pulak dengan dua ketul batu nesan. Barulah sama-sama mengingati dan menghargai,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button