
Dituduh Mandul & Tak Solat Oleh Seorang Netizen, Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis
Pelakon dan penyampai radio Elizad Sharifuddin meluahkan rasa berangnya terhadap tuduhan seorang netizen yang menuduh dirinya mandul dan tidak solat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elizad menyatakan dirinya berasa terlalu sedih dengan tuduhan berkenaan.
“Dimulakan dgn salam & Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang2-jarang aku ni melayan komen2 “bodoh” mcm ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke x? Boleh beranak ke tak?!!
“Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat2 sangat! Kau suke ke kalau tgk aku ni bercerai berai sbb aku belum ade zuriat ?!” tulisnya.
Jelas Elizad, dia betul-betul terkilan dengan perkataan ‘mandul’ yang dilemparkan terhadapnya.
Ujarnya, dia sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat, termasuk pergi berubat dan berjumpa doktor pakar.

“Im crying while i text this caption . Kau tahu ke aku ni solat ke x? Pernah kerjasama dgn aku ke ? Bersedekah ? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!
“Lain org lain cara nya. I dont need any stupid attention! Im happy with my life . Dapat anak ke tak ke , itu kerja Allah . Cuma , no one can say that “ MANDUL “ word to me! Kau tahu tak ? Aku struggle mcm nak mati nak dpt kan zuriat sendiri ! Hari2 dlm solat menangis2 , mintak pada Allah jgn biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sbb takde peneman umur dah mcm ni.
“Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar , pergi seluruh pelusuk berubat , cucuk sana sini, SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!! Yang KAU , senang2 PUK**** KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL!” luahnya.
Sehubungan itu, Elizad menyatakan dia telah satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Malah, dia juga mengatakan enggan memaafkan individu berkenaan atas perbuatan yang telah dilakukan.
“Jarang aku amik port & x maaf kan org . But not this time ! Luluh hati ni , sedih sgt2 ! Tuhan je tahu. I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil .
“Thank u so much Puan Farhana & semua anggota polis yg membantu juga Inspector William Balai Polis Sg Besi. Buat Brother yg backing saya dlm video tanpa saya kenali anda , terima kasih byk2 .
“Juga mereka yg sentiasa menyokong & memberi kata2 semangat buat saya . Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda. Selebihnya, tgu esok utk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com