FilemReview

Sabda Kekasih Paparan Kisah Konflik Percintaan Yang Mengundang Air Mata

Tajuk: Sabda Kekasih
Tarikh Tayangan: 24 JUN 2021 (ASTRO FIRST)
Genre: Cinta Islamik
Pengarah: Azhari Zain
Pelakon: Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sabri Yunus, Fauziah Nawi, Sharifah Husna

Boleh dikatakan tidak banyak filem-filem yang bergenre cinta Islamik yang dihasilkan.

Maka, peluang ini telah digunakan oleh syarikat produksi baharu iaitu Respected Citizen Production milik Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk menerbitkan filem berjudul Sabda Kekasih.

Berkesempatan menonton filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First bermula hari ini, ternyata ia sebuah karya yang cukup menarik.

Sabda Kekasih mengisahkan tentang seorang pemuzik jalanan, Bukhary (Aeril Zafrel) yang mengubah kejahilan hanya kerana cinta pertama seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal)

Bagaimanapun, kedukaan terjadi apabila Bukhary tidak datang ke rumah kekasihnya itu sewaktu hari pertunangan mereka.

Melihat secara keseluruhan filem ini, ternyata jalan ceritanya cukup menarik dan terutama plot twist yang ditampilkan.

Apa yang boleh dikatakan, ia adalah antara filem Cinta Islamik terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini.

Selain jalan ceritanya yang cukup menarik, penulis juga kagum dengan dialog-dialog yang diucapkan dengan kata-kata yang cukup indah dan puitis.

Bagi yang ingin menontonnya, dinasihatkan supaya menyediakan tisu terlebih dahulu kerana menampilkan banyak babak air mata, terutama ketika Kasih meratapi kehilangan kekasihnya dan sewaktu Bukhary menceritakan kisah yang terjadi terhadap dirinya.

Biarpun menampilkan lima orang pelakon sahaja, Aeril dan Wawa beruntung kerana mengambil pelakon hebat seperti Fauziah Nawi dan Sabri Yunos yang menampilkan karakter yang menyerlah.

Malah, lakonan Sharifah Husna sebagai Hayla Sufiah juga wajar direi pujian kerana berhasil membawakan wataknya dengan begitu baik sekali.

Secara kesimpulannya, penulis menyarankan supaya penonton melanggan filem Sabda Kekasih ini sekiranya ingin menonton sebuah karya yang hebat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button