Cerita ArtisHiburan

Sleepsalot Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne, Hasilkan Lagu Jatuh Boi Dalam Tempoh 24 Jam Menerusi Zoom

YHB Sleepsalot membuktikan dirinya mampu untuk menggegarkan arus hip hop di Singapura dengan pelancaran lagu terbarunya Jatuh Boi yang dihasilkan oleh bintang hip hop Flightsch dan RIIDEM, tidak lama selepas pelancaran debut dengan Def Jam Singapura.

Walaupun usianya masih muda, namun YHB Sleepsalot bijak mengatur langkah, berkolaborasi dengan superstar hip hop Malaysia SonaOne dalam lagu terbaru ini.

“’Jatuh Boi umpama lagu pilihan bagi sesiapa sahaja yang telah melalui masa-masa sukar dan ingin melupakan saat sukar tersebut.

“Saya ambil satu perkataan dan saya tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif juga sebagai sumber kekuatan,” ujarnya.

Dalam single baru tersebut, rapper dari Singapura itu merungkai permasalahan yang dihadapi ramai pada tahun 2021 dengan mengubah ungkapan kegagalan menjadi ungkapan kejayaan setelah melepasi saat sukar. “

“Saya bernasib baik kerana pengalaman FlightSch dan kepakaran RIIDEM  membantu menggarap visi ke dalam muzik.

“Ini adalah kali kedua saya berada di studio bersama mereka dan pengalaman ini adalah satu pengalaman yang membuka minda dan menyeronokkan.,” ungkapnya.

Dengan Jatuh Boi, YHB merealisasikan impian lama untuk bekerjasama dengan SonaOne.

“Dia selalu menjadi orang yang saya sanjung dan kami ada ‘chemistry’ yang baik jadi kerjasama yang dicurahkan untuk lagu ini sangat cepat dan ‘natural’,” jelasnya.

SonaOne adalah seorang rapper yang sering menerapkan inspirasi kegembiraan tentang kehidupan dalam karyanya, dari kehidupan seharian hingga ke puncak kejayaan.

Pengalamannya digunakan sebaiknya untuk kolaborasi ini. ‘Chemistry’ mereka memang tidak disangkal lagu.

Bermula dengan projek remix lagu ‘Chosen’ (nyanyian asal oleh BLXST) kemudian projek Def Jam SEA bagi remix lagu ‘Errbody‘ (nyanyian asal oleh Lil Baby), dia memainkan peranan penting dalam kolaborasi terbaru mereka ini dan akan dapat melonjakkan YHB Sleepsalot ke tahap baru di awal kerjayanya.

“‘Jatuh Boi’ adalah kolaborasi rasmi kami yang pertama dan jangan tak percaya, kami buat lagu ini dalam masa 24 jam melalui Zoom.

“Konsep itu adalah sesuatu yang kami dan ramai orang dapat kaitkan dengan diri masing-masing, dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk tidak menyerah kalah dan bangkit kembali ketika mereka jatuh.”

Inspirasi tersebut yang mengalir ke video muzik untuk ‘Jatuh Boi’, membuatkan YHB memahami tentang suka duka dalam kehidupan.

Klip yang diarahkan sepenuhnya oleh Feroz Flique, menunjukkan penyanyi rap itu di tanah tandus yang luas terbentang sambil melaung.

Rapper muda yang berbakat besar ini berjaya meletakkan dirinya di barisan hadapan bagi genre rap di Singapura. Single terbarunya ini akan membuatkan bintangnya semakin bersinar.

Pada masa yang sama memberi motivasi kepada semua untuk tidak berputus asa dengan segalanya.

Oleh sebab itu, biarpun namanya makin dikenali ramai, YHB Sleepsalot tetap terus berusaha untuk meletakkan dirinya ke tahap yang lebih tinggi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button