Cerita ArtisHiburan

Elvina Mohamad Terkejut Ada Individu Tak Dikenali Godam Masuk Dalam Sesi Live Instagram Tunjuk Kemaluan

Pelakon popular Datin Elvina Mohamad menceritakan detik mengerikan buat dirinya sewaktu sesi live di Instagram bersama dua orang rakannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elvina memberitahu ada seorang individu telah menggodam masuk ke dalam sesi live mereka sambil menunjukkan kemaluan.

“Pada yang tanya apa yang terjadi tadi, so cerita dia mcm ni, one of my friends ajak El live, saja nak lepas rindu sebab dah lama tak jumpa.. Maklum la kan during pandemic ni, social media tempat kita nak lepas rindu, stay connected with everyone.. 

“Unfortunately for us, lain pulak yg jadinya! One of our friends comment minta nak join live jadi Zawa pun accept request dari dia. Tak sangka yg masuk adalah orang lain, individu yang tak bertanggungjawab yang hack live kami dengan menunjuk kan A** dia!!,” jelasnya.

Menurut Elvina, dia sendiri berasa terkejut dengan apa yang telah terjadi semasa sesi live Instgaram berkenaan.

Ujarnya, perkara berkenaan bukan kali pertama dilakukan individu itu dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.

“Ya Allah masih terkejut dengan apa yang terjadi tadi. Jadi kepada sesiapa yang rajin buat live lately ni please beware and becareful, sbb El dpt info ini bukan kali pertama individu tersebut hack live orang.. 

“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, social media ni bukan tempat utk melepaskan nafsu ya, please la stop buat benda tak senonoh tu!! Engkauuu dah kenapa!” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
5
+1
0
+1
0
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button