
Fara Fauzana Kembali Ke Konti Radio, Bergandingan Dengan Fad Bocey & AG Untuk Trio Pagi Di Hot FM
Setelah lima tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, Fara Fauzana kini kembali menjadi penyampai radio di stesen Hot FM.
Perkara tersebut telah diumukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Nazri Noran menerusi satu posting video di Instagram pada pagi tadi.
“Dengan ini saya nak buat pengumuman show pagi yang akan ditetapkan adalah AG dan Fad akan dikekalkan.
“Berkenaan orang ketiga, saya perlukan seseorang untuk beritahu,” ujarnya.
Menerusi video berkenaan juga, Fara Fauzana telah membuat kejutan apabila masuk ke konti radio dengan memakai topeng sehingga mengejutkan kedua-dua penyampai berkenaan.
Ketiga-tiga penyampai berkenaan menggantikan tiga orang penyampai sebelum ini iaitu Fizie, Mark Adam dan Riena Diana yang mengendalikan slot Geng Pagi Hot. – KopiPlanet.com