Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Sudah Ditidurkan, Bakal Jalani Pembedahan Untuk Keluarkan Bayi Jika Oksigen Dalam Keadaan Baik

I Penyanyi popular kini sudah ditidurkan dan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi sekiranya oksigennya berada dalam keadaan baik.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Shuib dalam satu video yang dimuatnaik di Instagram Indigital Music.

“Doktor minta izin saya untuk tidurkan Sarah, untuk komakan Sarah buat seketika. Kalau oksigen dia ok, keadaan dia ok, insyaAllah barulah boleh proceed operation untuk keluarkan baby.

“Sebelum sampai ke tahap tu, paling getir adalah saat dia dikoma. Saya langsung tak nak fikir benda yang tak baik. 

Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

Baru-baru ini, Siti Sarah dan Shuib serta anak-anak mereka telah disahkan positif Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
5
+1
3
+1
11

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button