Cerita ArtisHiburan

Tampil Dengan Suara Hati, Penyanyi Filipina Clara Benin Mungkin Akan Hasilkan Lagu Dalam Bahasa Malaysia

Penyanyi popular Filipina, Clara Benin baru-baru ini telah melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati yang merupakan terjemahan daripada single asal nyanyiannya sendiri, iaitu ‘Tila’ dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015.

Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama artis yang sedang meningkat naik di rantau ini, proses rakaman Suara Hati dihasilkan dalam Bahasa Indonesia dengan bantuan penerbit muzik profilik, komposer dan pakar instrumen, The Ringmaster.

Menurut Clara, dia menyedari kepentingan untuk menghasilkan lagu ini dengan baik agar ia kedengaran asli serta tidak lari daripada lenggok asalnya.

“Adalah sangat penting buat saya untuk menghasilkan lagu ini kedengaran asli dan masih mengekalkan lenggok asalnya. Penerbit saya iaitu The Ringmaster,= memudahkan proses itu kerana dia sebenarnya memang pernah membesar di Indonesia dan fasih bertutur bahasa itu.

“Dia banyak bantu saya betulkan sebutan serta penyampaian dalam aspek vokal. Selain itu, Berto Pah yang juga pemain Sasando Indonesia turut membantu dalam menjadikan bunyi lagu ini lebih asli,” ujarnya.

Kata Clara, Suara Hati mengisahkan tentang cinta yang ada di sekeliling manusia. Penceritaan lagu ini juga tidak berbeza dengan lagu asalnya yang popular sebelum ini.

“Lagu ini mengisahkan tentang cinta, cinta ada di mana-mana, ia ada bersama kita dan di sekeliling kita. Suara Hati dan lagu asalnya Tila tidak membawa maksud berbeza, ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia tanpa mengubah maksud asal lagu ini,” katanya.

Memandangkan Suara Hati mendapat sambutan positif, Clara yang bernaung di bawah label OFFMUTE terbuka untuk menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa-bahasa lain sekiranya berpeluang pada masa akan datang.

“Memandangkan Suara Hati mendapat sambutan yang baik, jadi saya tidak keberatan untuk menyanyikan lagu yang diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain juga,” katanya gembira.

Terdahulu, lagu Tila mendapat sambutan luar biasa apabila distrim lebih enam juta di Spotify dan YouTube. Kini, Suara Hati boleh dinikmati di semua platform digital menerusi OFFMUTE. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button