
Fauziah Nawi Dedah Rahsia Ada Penerbit Ambil Pelakon Yang Masih Belum Dapatkan Suntikan Vaksin Untuk Berlakon
Pelakon veteran popular, Fauziah Nawi mendedahkan rahsia bahawa ada penerbit yang mengambil pelakon yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.
Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
“Bukan lagi rahsia ada Producer yg guna pelakon yg tak vaksin langsung. Tapi semua buat bodoh diamkan saja.
“Tapi bila ada yg mendabik dada boleh shooting tanpa vaksin dan siap ckp jgn jealous. Rezeki Allah. Kan ke sengaja cari pasal?” tulisnya.
Pada masa sama, Fauziah juga mahu supaya penerbit tidak mementingkan diri sehingga boleh mengakibatkan kebenaran untuk penggambaran ditarik balik.
“Kalau pihak #KKM #MKN #FINAS buat serbuan siapa nak jawab? Fikirkan kawan-kawan yang masih ramai tak bekerja.
“Apa jadi jika kebenaran bershooting ditarik balik? Jangan pentingkan diri,” ujarnya. – KopiPlanet.com
* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan
