Cerita ArtisHiburan

“Alhamdulillah Untuk Rezeki-Mu Ya Allah. Engkau Permudahkanlah Perjalanan Kami” – Syamel Seperti Beri Hint Ernie Zakri Kini Sudah Hamil

Biarpun tidak membuat sebarang kenyataan lagi, namun penyanyi popular Syamel seperti memberi hint bahawa isterinya iaitu Ernie Zakri kini sudah berbadan dua.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, Syamel turut menitipkan kata-kata yang cukup indah serta meluahkan rasa syukurnya.

“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulisnya.

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tentang kehamilan tersebut apabila Ernie dilihat memegang sebuah buku, dimana muka hadapannya bertulis ‘Mum’s’.

Dalam pada itu, meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi, namun rata-rata rakan artis dan peminat telah mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu setelah bertunang pada 15 Ogos 2020. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button