Cerita ArtisHiburan

Rudy Zil Teruskan Perjuangan Dalam Industri Muzik Dengan Munculnya Single Jaga Dirimu

Semangat yang tidak pernah putus asa di waktu pandemik ketika ini, penyanyi muda tempatan Sabah, Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi meneruskan perjuangan dalam industri hiburan tempatan dengan menerbitkan single terbaru berjudul Jaga Dirimu ciptaan dan lirik olehnya sendiri.

Selain menyanyi , Rudy Zil aktif dalam penghasilan lagu untuk dirinya serta beberapa rakan artis tempatan Sabah lain seperti Nowhy Band, Erney E. Tugoe & Syamlie dan dia mengambil inspirasi oleh Kumpulan Air Supply dalam setiap penghasilan lagu ciptaannya.

Sebelum ini, Rudy Zil pernah meriliskan beberapa buah single pada tahun 2014 dan telah mendaftarkan hakcipta lagu lagu tersebut kepada syarikat Luncai Emas.

Ia menerusi satu program yang disertai Rudy Zil iaitu program ‘Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Video Muzik’ anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 .

Bengkel tersebut mendedahkan kepada orang awam dan penggiat seni utamanya tentang kesedaran & kepentingan hakcipta dalam karya – karya mereka, perkongsian tips & cara  membuat lagu hits oleh Datuk M.Nasir  serta pembikinan video muzik dengan menggunakan telefon bimbit. Beberapa panel professional turut hadir berkongsi pengalaman mereka dalam sesi bengkel itu.

“Alhamdulillah, saya merupakan salah seorang peserta bengkel itu dan menerusi bengkel yang dianjurkan di Dewan JKKN Kota Kinabalu, Sabah ketika itu, saya berpeluang ketengahkan lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini untuk ditadbir & diuruskan secara digital oleh Luncai Emas .

“Kesemua lagu – lagu tersebut sudah pun didaftar di semua saluran digital dan saya juga telah menjadi composer secara eksklusif di bawah publisher Luncai Emas’’. Antara lagu-lagu yang telah didaftar dan berada di pasaran digital oleh Luncai Emas seperti Jahatnya Kamu, Dan Ku Sayang-Sayang, Lagu Perpisahan & Macam Comel Jer .

“Berkat Luncai Emas lagu-lagu saya mula berkumandang di siaran digital yang membawa kepada pendengar-pendengar baru di Sabah mahupun seluruh Malaysia untuk menikmati karya-karya saya. Luncai Emas juga membuka mata saya tentang pentingnya hakcipta sesebuah karya itu harus dijaga,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai lagu Jaga Dirimu, RUDY ZIL berkata ia mengisahkan tentang merelakan perpisahan dan memberi pesan tetap jaga diri dengan baik.

Ujarnya, lagu yang ditulis sudah agak lama sejak 2011 namun liriknya baru siap pada tahun 2021 dengan mengambil masa selama 10 tahun.

“Lagu ini mengambil masa empat bulan untuk proses rakaman akibat keadaan PKP yang silih bersambung iaitu dari bulan Februari sehinggalah Jun lalu.

“Susunan muzik dibuat agak lambat kerana faktor PKP. Setelah demo (guide) siap pada April 2021, saya mulakan latihan sendiri di rumah. Pada bulan Mei, proses voicing berlangsung setengah hari, dan mastering lagu mengambil masa selama seminggu,” ujarnya.

Single ini bakal berada di semua saluran digital & YouTube Luncai Emas sejak 16 Julai lalu. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, YouTube dan iTunes. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button