Cerita ArtisHiburan

Elyana Tegaskan Tidak Beri Izin Kepada Ejen Insurans Ambil Kesempatan Guna Gambar & Videonya

Penyanyi popular, Elyana menegaskan dia sesekali tidak memberi keizinan kepada mana-mana ejen insurans yang menggunakan gambar dan videonya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, penyanyi berkenaan menganggap perbuatan sedemikian seperti tidak memiliki perasaan dan mengambil kesempatan.

“Kepada semua agent-agent insuran yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar saya tanpa meminta izin.

“Saya tidak izinkan sama sekali. Anda semua seperti tiada perasaan,” luahnya.

Ketika ini, Elyana menghidapi penyakit kanser limfoma dan sehingga kini masih lagi sedang mendcapatkan rawatan di hospital.

Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah memberitahu kos yang begitu tinggi iaitu RM250,000 bagi lima kali rawatan sepanjang proses kemoterapi berjalan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button