Cerita ArtisHiburan

Terkait Dengan Kes Penyalahgunaan Dadah, Niezam Zaidi Simpan Komen-Komen Mengenai Isu Berkenaan

Pelakon popular Niezam Zaidi tidak enggan memberikan sebarang komen berhubung dengan kes penyalahgunaan dadah yang dikaitkan dengan dirinya.

Menerusi satu posting di Instagram, pelakon berkenaan juga memohon maaf kerana tidak sempat untuk membalas sebarang pertanyaan yang diajukan terhadap dirinya.

“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua. Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, WhatsApp, call dan sebagainya.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini,” jelasnya.

Pada masa sama, Niezam juga akan menyimpan terlebih dahulu semua komen-komen yang mengaitkan dirinya dengan isu berkenaan.

“Semoga Allah merahmati kalian. Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan tentang seorang pelakon, penolong pengarah dan pengarah telah ditahan polis di sebuah rumah di Kuala Kangsar berhubung kes penyalahgunaan dadah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button