Cerita ArtisHiburan

Mahu Buktikan Dirinya Tak Potong Usus, Man Raja Lawak Kembali Naikkan Berat Badan, Perut Kelihatan Buncit

Pelawak popular, Man Raja Lawak dilihat kembali menaikkan berat badannya semata-mata mahu membuktikan dia tidak melakukan pembedahan potong usus.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelawak berkenaan turut berkongsi dua keping gambar yang menujukkan perutnya kini berada dalam keadaan buncit.

“Assalam geng.. terkini.. 11.10 Isnin.. berat abang 91 kilogram (kg).. sebulan gak abang hentam makan kaw-kaw tak jaga semata-mata nak buktikan abang tak POTONG USUS..

“Mustahil ar usus leh panjang balik dalam masa sebulan kan ?? Lepas ni kalau abg KURUS cepat jgn lak cakap abang amik BARANG atau kena Penyakit Kencing Manis,” ujarnya.

Sebelum ini, pelawak yang akan bersaing dengan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 bersama kumpulan R&R itu pernah berhasil menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram iaitu daripada 98 kg ke 68 kg.

Man berjaya berbuat demikian setelah mengambil minuman kesihatan berperisa koko dalam tempoh masa tiga bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button