Cerita ArtisHiburan

Pergi Ke Mahkamah Syariah… Siti Saleha Akui Failkan Cerai, Enggan Komen Lebih Lanjut

Pelakon Siti Saleha akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.

Menerusi laporan Astro Gempak, Siti Saleha mengakui telah memfailkan kes cerai berkenaan.

“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah.

“Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” jelasnya.

Isu pergolakan rumah tangga itu tercetus selepas Siti Saleha selaku plaintif didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Difahamkan, prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.

Malah prosiding itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button