
Tindakan seorang lelaki meletupkan diri sendiri dengan memasukkan bahan letupan yang diletakkan di dalam duburnya mengundang rasa pelik.
Dia yang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan terpaksa diberikan rawatan segera untuk membina semula beberapa ‘bahagian’ yang rosak akibat letupan berkenaan.
Perkara tersebut didedahkan dalam satu jurnal perubatan yang disusun oleh Ali E Zumrutbas dari Jabatan Urologi di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Pamukkale di Denizil, Turki.
Seperti yang dilaporkan oleh Daily Star, kes yang mengerikan ini berlaku kepada seorang lelaki yang berusia 35 tahun.
“Kes ini melaporkan seorang pesakit skizofrenia mengalami pelbagai sistem genitourinary dan trauma rektum selepas meletupkan sendiri bahan letupan dalam rektum dan menjalani pembedahan rekonstruktif tanpa sebarang komplikasi selepas itu.
“Seorang lelaki dimasukkan ke jabatan kecemasan hospital kami kerana mengalami kecederaan rektum,” menurut laporan itu.
Menariknya, ini bukanlah kali pertama lelaki ini mencederakan dirinya sebaliknya dia juga pernah bertindak memotong buah zakarnya sendiri serta pernah menyiat kulit sendiri beberapa kali.
“Dia memasukkan bahan letupan kecil seperti dinamit ke dalam duburnya dan melepaskannya.
“Selepas pembedahan awal, dia dirujuk ke hospital kami untuk pembinaan semula genitourinary. Dia mempunyai lubang besar dengan diameter 10 sentimeter di kawasan duburnya,” menurut laporan berkenaan lagi.
Pasukan perubatan bertungkus lumus membina semula kawasan dubur lelaki berkenaan yang sudah ‘berlubang besar’ dan membaiki pundi kencing. – KopiPlanet.com