Cerita ArtisHiburan

Polis Sahkan Seorang Penyanyi Nasyid Ditahan Setelah Disyaki Terlibat Kes Dadah

Polis mengesahkan telah menahan seorang penyanyi nasyid setelah disyaki terlibat dengan berkaitan dadah.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, penyanyi berkenaan ditahan di sebuah kondominium di Kota Damansara petang semalam.

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya.

Buat masa ini, pihak polis masih belum mendedahkan identiti penyanyi nasyid berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button