Cerita ArtisHiburan

“Dari Belakang Memang La Nampak Punggung. Takkan Nampak Hidung Pulak” – Janna Nick Templak Blogger Buat Headline Kejar Clickbait Tanpa Dapat Sumber Sahih

Pelakon popular, Janna Nick menempelak tindakan sesetengah blogger yang menyiarkan cerita tanpa mendapatkan sumber sahih serta menggunakan tajuk semata-mata untuk mengejar clickbait.

Menerusi luahan di Insta Story miliknya, Janna mengulas mengenai kisah penulisan blogger berkenaan dirinya yang dikatakan menayang punggung sehingga dikecam ramai.

“Kadang-kadang tak faam dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ye pun headline kejar clickbait. Make sure la sumber tu SAHIH dan tak manipulasi pemikiran pembaca.

“Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk je,” luahnya.

Menerusi Insta Story, pelakon berkenaan turut berkongsi artikel yang dihasilkan beberapa blog yang menyiarkan cerita tentang video dirinya yang viral kerana dikatakan menayang punggung.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkara berkenaan, Janna menyatakan video yang viral tersebut adalah video peminat yang hadir pada sebuah acara yang membabitkan dirinya.

“Video yang viral tu. Video dari peminat yang hadir ke acara tersebut. Peminat tu seorang perempuan dan dia bawak anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya.

“BUKAK TAYANG BONTOT. Dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

*Kredit Foto: Instagram Janna Nick

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button