Cerita ArtisHiburan

Bermula Sebagai Influencer Media Sosial, Aliff Kimiey Tidak Sangka Impian Bergelar Penyanyi Akhirnya Tercapai

Pendatang Baru yang memulakan hobi menyanyi sedari umur 12 tahun dan  mencuba nasib mengekspresikan minatnya itu  melalui laman sosial Tiktok dan Instagram tidak menyangka sama sekali akan dilamar oleh FMC Music.

Mula memuat naik video nyanyian beliau menerusi lagu lagu yang pernah popular merupakan satu Langkah yang bukan sia-sia buat pendatang baharu yang juga seorang influencer Aliff Kimiey.

Ternyata ia membuka langkah Pelajar tahun ke-2 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Jitra Kedah dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik ini untuk bergelar penyanyi apabila mula dilamar oleh FMC Music sekitar Mac 2022 dan mula merakamkan single pertama beliau sekitar pertengahan tahun lalu.

“Alhamdulillah saya tidak menyangka secepat ini saya sudah ada single pertama. Dan saya sangat terharu dan seakan mimpi apabila dengar suara dan single saya MUNGKIR ke udara di siaran radio popular tanah air sejak 5 Januari yang lalu.

“Tidak dinafikan saya memang rasa nak menangis dan sangat nervous kerana saya tidak sangka saya sudah menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan sebenar” –

Mula menceburkan diri sebagai influencer pada hujung tahun 2019, Aliff Kimiey tidak menyangka video yang di muat naik di akaun TikTok miliknya, ‘hantuk kepala di pintu’ dan ‘manual sound’ mencecah sebanyak 21.8 juta tontonan.

Walaupun pernah menjadi perhatian di media sosial, tetapi bagi anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini memberitahu ia tetap merasakan perbezaan yang ketara apabila bergelar penyanyi.

“Cuma kini saya harus lebih bijak dan terpaksa berpenat sedikit dan bekorban menghabiskan masa cuti semester atau hujung minggu berulang alik dari Jitra ke Kuala Lumpur bagi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi.

Pada masa sama, Aliff berharap agar single Mungkir ciptaan dan lirik oleh Gouffran / Ibnu dapat melonjakkan namanya dalam bidang nyanyian.

“Jujur saya akui banyak perkara yang harus saya pelajari terutama dari segi teknik nyanyian disamping saya perlu memupuk keyakinan diri dan hilangkan rasa gemuruh dan malu apabila berada di pentas.

“Semoga peminat  lagu-lagu balada dapat menerima Mungkir dan tinggi harapan saya agar lagu ini menjadi lagu hits pilihan di mana sahaja termasuk menjadi pilihan kaki penggemar karaoke,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button