
“Jaga La Air Muka Sikit…” – Tidak Fasih Berbahasa Melayu, Tya Arifin Kena Marah Depan Orang Ramai Di Lokasi Penggambaran
Pelakon dan usahawan popular, Tya Arifin mendedahkan bahawa dia telah dimarahi di lokasi penggambaran gara-gara tidak fasih berbahasa Melayu.
Perkara berkenaan telah didedahkan sendiri oleh artis kelahiran Palembang, Indoesia itu menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya.
“Kena matah time shooting karna gak fasih Bahasa Melayu. Ya, normal la… ternyata susah banget. But Tya ok ja kena marah.
“Cuma kalau boleh jangan marah depan orang ramai. Jaga la air muka sikit,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pada video berkenaan, ramai yang telah memberikan kata-kata semangat buat pelakon berkenaan.
Malah, ada juga yang mempertikaikan pengarah apabila masih mengambil Tya yang masih belum fasih berbahasa Melayu dengan baik.
“Pelik la director pun… nak yang fasih ambiklah yang memang Melayu. Dah ambik Tya kena la terima dia tak fasih sangat sebab dia bukan orang asal sini,” ujar seorang netizen. – KopiPlanet.com
