
Tinggal Lagi Seminggu Sahaja… Syafiq Kyle & Mimi Lana Batalkan Majlis Nikah Saat Akhir
Upacara penikahan dan resepsi perkahwinan membabitkan pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini telah dibatalkan.
Perkara berkenaan telah disahkan oleh wakil pengurusan Mimi Lana iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.
“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Mohon maaf atas segala kesulitan,” menurut mesej berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan tersebut turut melahirkan rasa terkejut memandangkan upacara pernikahan dan resepsi akan berlangsung dalam tempoh seminggu sahaja.
Mengikut jadual, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi, manakala resepsi pula akan berlangsung pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman. – KopiPlanet.com



