Cerita ArtisHiburan

Fatiya Latiff Maklumkan Dirinya Bukan Seorang Peguam, Hanya Bertugas Sebagai Kerani Di Firma Guaman

Pelakon popular, Fatiya Latiff memaklumkan bahawa dirinya bukanlah seorang peguam seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Fatiya berkata, dia hanyalah bertugas sebagai seorang kerani di sebuah syarikat guaman.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. 

“Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan telah memuat naik gambar dirinya sedang menjalankan tugas di sebuah syarikat guaman.

Dalam pada itu, pelakon itu juga menyatakan ia adalah salah faham yang tidak disengajakan.

“Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial say telah menimbulkan kekeliran kepada mana-mana pihak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button