
Pemenang AJL 36 Kumpulan SOG Berpecah, Empat Orang Ahli Tidak Lagi Bersama
Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-36, Sekumpulan Orang Gila atau SOG mengumumkan mereka kini sudah berpecah apabila empat orang ahli tidak lagi bersama.
Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh bekas ahli kumpulan tersebut menerusi satu posting di akaun Instagram milik mereka.
“Di sini kami ingin membuat pengumuman, pada tarikh 26 Jun 2023, kami telah dimaklumkan bahawa kami bukan lagi sebahagian dari band Sekumpulan Orang Gila (SOG), dan pada tarikh 17 Jun 2023 adalah tarikh terakhir kami beraksi bersama di show SOG Reimaginasi.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kepada keluarga, sahabat handai dan para penyokong yang banyak memberi pertolongan, semangat dan sokongan sepanjang perjalanan 10 tahun kami bersama SOG, sangatlah kami hargai. Tapa kalian, perjalanan kami mungkin tidak sejauh ini,” tulisnya.
Antara ahli yang tidak lagi bersama SOG adalah Riko Agus, Qayyum Rahim, Amsyar Saiful dan MK Ridzuan dan ahli yang tingat adalah pasangan adik-beradik kembar Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah.
Sebelum ini, kumpulan SOG mencipta sensasi apabila muncul juara AJL 36 menerusi lagu Pelikan Angkasa yang bergandingan dengan Shila Amzah. – KopiPlanet.com