Cerita ArtisHiburan

Berlakon & Menyanyi, Lah Ahmad Anggap Ia Satu Cabaran Positif

Penyanyi popular, Lah Ahmad menganggap penampilannya dalam drama bersiri One Million Dollar Voice yang memerlukan dia berlakon dan menyanyi adalah satu cabaran yang positif.

Lah berkata, dia sudah pun memberikan yang terbaik untuk menjayakan wataknya sebagai Joe dalam drama bersiri berkenaan.

“Tidak dinafikan ada beberapa babak yang mencabar akal dan tingkah laku, tetapi saya faham ia perlu dilakukan agar saya dapat menjayakan watak Joe dalam kisah ceritanya.

“Untuk tampil serentak sebagai pelakon dan penyanyi dalam drama ini, ada yang mencabar… namun saya anggap sebagai cabaran yang positif,” ujarnya.

Lah berkata, drama tersebut juga lain dari yang lain dengan memaparkan ramai pelakon dan ‘backstory’ semua watak yang nak mendapatkan one Million Dollars.

One Million Dollar Voice mengisahkan tentang kru produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot dalam kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button