
Padam Semua Gambar Di Instagram, Yonnyboii Mahu Diberi Ruang Buat Seketika
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan penyanyi popular Yonnyboii di Instagram, pastinya terkejut apabila semua gambar yang telah dimuatnaik telah dipadamkan.
Ternyata, perkara berkenaan telah menjadi tanya tanya ramai terutama sekali peminat memandangkan Yonnyboii cukup aktif di Instagram.
Sehingga kini, penyanyi itu masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan untuk menjelaskan perkara sebenar dia berbuat demikian.
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Universal Music Malaysia, Anne Mokhtar berkata, penyanyi itu memaklumkan dia mahu diberikan ruang buat seketika sebelum kembali memulakan kerjaya seninya.
“Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,” katanya.
Sebelum ini, Yonny berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada bersamaan hari Awal Muharram. Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu lahir secara normal di sebuah hospital di Petaling Jaya pada pukul 4 pagi.
Kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama Guccimith, telah mencapai 200,000 tontonan di YouTube. Lagu itu adalah hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy. – KopiPlanet.com
