
Pengarah filem Rain Town, Tunku Mona Riza mengakui berasa agak gementar apabila perlu bersaing dengan 12 filem lain yang akan ditayangkan sempena Tahun Baharu Cina.
Tunku Mona berkata, meskipun perlu dengan banyak filem lain, namun dia percaya filem arahannya itu memiliki tarikan tersendiri dan mampu memikat penonton.
“Sudah tentu saya gementar dan memang ia ada kebenarannya. Sebelum ini kami sudah mendapat saranan agar filem ini ditayangkan pada Tahun Baru Cina.
“Bagaimanapun, kami telah merangka beberapa strategi pemasaran, termasuk lebih aktif menerusi media sosial untuk mempromosikan filem ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana dan sidang media Rain Town yang berlangsung pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Tunku Mona memaklumkan filem kedua arahannya itu boleh ditonton oleh segenap lapisan umur dan masyarakat, meskipun berbahasa Kantonis.
“Sebagai seorang pengarah, saya memang teringin untuk melakukan sesuatu kelainan. Itu yang menyebabkan saya berani untuk mencuba hasilkan sebuah filem berbahasa Kantonis,” jelasnya.

Filem Rain Town terbitan Current Pictures Sdn. Bhd. dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.
Apabila ditanya mengenai persaingan dengan 12 filem lain yang akan ditayangkan semasa Tahun Baru Cina, Mona akui gementar tetapi mereka telah pun melakukan beberapa strategi seperti mempromosikan di media sosial dan sebagainya.
Akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Februari 2024, filem berkenaan juga menobatkan Tunku Mona sebagai pengarah wanita Melayu pertama yang mengarahkan filem berbahasa Kantonis. – KopiPlanet.com



