
Pernah Dapat Tawaran, Zoey Rahman Mahu Sambung Belajar Dalam Bidang Ekonomi & Perniagaan Di UKM
Hampir tujuh tahun melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan, pelakon dan pengacara serta usahawan Mohd Hairey Azhar B Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Zoey Rahman masih meletakkan dirinya dalam proses belajar dan memahami selok belok perniagaan.
Memiliki Diploma bidang Hiasan Dalaman, Zoey meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian di dalam bidang ekonomi dan perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, bagi menambah ilmu dan dan meluaskan pengetahuan dalam mengurus tadbir dan mengembangkan perniagaan.
“Bagi saya ilmu itu adalah perkara asas yang paling penting jika seseorang mahu menceburi sesuatu bidang dan ingin berjaya.
“Sebelum ini saya sering mengikuti kursus latihan jangka pendek dan ianya masih belum mencukupi kerana semakin digali semakin banyak yang perlu kita tahu dan belajar,” ujarnya.
Menurut Zoey, dia terfikir untuk melanjutkan pengajian di UKM kerana pernah dicadang dan ditawarkan secara tidak langsung oleh Pegawai tinggi UKM sewaktu mengendalikan majlis MOU antara Usanita dan UKM tahun lalu.
Mula berjinak dalam dunia perniagaan dan menubuhkan syarikat miliknya Mikaseries Sdn Bhd kira-kira tujuh tahun yang lalu, dia rasa terpanggil untuk memulakan perniagaan kerana terfikir sebagai anak seni dia perlu menyediakan backup plan untuk jangka masa panjang.
“Jadi anak seni kena bijak mengatur masa depan. Kerana industri hiburan di negara kita bukanlah seperti Hollywood. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Oleh itu kena selalu bijak mengendalikan pendapatan yang ada dan jangan sesekali boros dan rasa duit yang kita dapat tu banyak dan takkan habis.
“Saya selalu dinasihatkan dari awal agar kembangkan pendapatan yang ada dan jangan sesekali terfikir untuk mewah berbelanja. Atas kesedaran itu saya mulakan perniagaan sewaktu saya sedang rancak menerima tawaran berlakon dan pengacaraan”
Pada masa sama, Zoey mengaku dia sedikit pun tidak pernah terasa atau malu dengan kata-kata segelinitir pihak yang tertawa sinis apabila mula mengeluarkan skin care dan kosmetik di bawah jenama beliau sendiri iaitu Mikaseries tujuh tahun lalu.

“Saya tak kisah apa yang orang cakap, sebab masa depan saya dicorakkan oleh diri sendiri. Alhamdulillah berkat kesabaran dan bantuan team, kami berjaya mengembangkan perniagaan dan melepasi piawaian untuk meletekakan jenama produk Mikaseries ke lebih 110 rangkaian Watsons Malaysia dan mensasarkan untuk masuk ke lebih 150 rangkaian Watsons seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak penghujung tahun ini.
“Selain Watsons kami juga ada menerima tawaran dari beberapa jenama rangkaian lain tapi terpaksa diketepikan buat masa ini kerana Mikaseries telah menjalinkan kontrak secara Eksklusif untuk Watsons Malaysia,” ujarnya.
Selain itu Zoey Rahman turut merasa terharu apabila jenama Kosmetik dan set penjagaan skin care Mikaseries sedang diintai dan dalam proses di bawa memasuki ke pasaran luar negara – Bangladesh. Namun segalanya masih dalam peringkat awal untuk dikongsikan secara terperinci.
“Sebenarnya saya juga rasa macam tak percaya apabila ada wakil dari pihak sana menyatakan hasrat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mikaseries.
“Dan setelah melihat profile syarikat dan tahu Mikaseries telah berada dalam pasaran Watsons Malaysia, minat mereka bertambah dan mereka request untuk membeli beberapa produk Mikaseies untuk dicuba pakai di sana. Alhamdulilah setakat ini maklum balas yang mereka berikan sangat positif dan kami dalam proses perbincangan untuk keperingkat selanjutnya,” jelasnya.
Sempena majlis berbuka puasa, Mikaseires turut mengambil kesempatan untuk melancarkan rangkaian produk Skin care terbaru yang juga telah dijual di Watsons seluruh Malaysia semenjak tahun lalu.
Selain Skin Care Mikaseries, Zoey Rahman juga turut melancarkan secara rasmi satu lagi jenama terbaru dalam rangkaian perniagaan beliau iaitu Sambal Nengar (Nengar bermaksud sangat sedap atau sangat pedas).
“Untuk permulaan ini kami menghasilkan 3 jenis sambal iaitu Sambal Bilis Petai Nengar Premium, Daging Dendeng Nengar Batang Pinang dan Sambal Belacan Nengar Exclusive. Setakat hampir sebulan Nengar mula diperkenalkan secara tidak rasmi, Daging Dendeng Nengar telah terjual lebih 10,000 botol termasuk jualan online di shopee dan tiktok dan diikuti 2 sambal yang lain.
“Memang sedikit terkejut dan bersyukur kerana kami masih diperingkat warm up dan jenama sambal kami ini juga masih sangat baru di pasaran. Tapi Alhamdulillah ianya mendapat sambutan luar biasa bukan Sahaja di Malaysia malah di Singapura dan Brunei juga.
“Feedback yang diberikan oleh pembeli yang telah rasa sambal Nengar sangat positif dan hampir 99% pembeli menyatakan Daging Dendeng Nengar sangat lembut, daging berketul ketul tidak hancur, rasa seperti masakan mak di kampung cukup pedas dan cukup rasa, Dan Ramai juga yang dah beli berkali kali Sambal Bilis Petai dan Sambal Belacan kerana selain sedap kata mereka ianya sangat memudahkan proses menyediakan hidangan berbuka dan sahur mereka,” ujarnya.
Bersempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal nanti , Selain Skin Care Mikaseries dan Sambal Nengar, Zoey Rahman juga telah melancarkan koleksi Baju Melayu dan Sampin Instant INDRA EXCLUSIVE berkolabrasi dengan rakan niaga saya Fateema Exclusive. Koleksi Baju Melayu dan Sampin Instant Exclusive telah dilancarkan baru baru ini bersama Shopee dalam kempen SHOPEE RAI LOCAL – RAYA STAIL KITA di Rumah tangsi Kuala Lumpur 5 Mac yang lalu.
“Istimewa dan kelainan untuk tahun ini ialah, kami bukan Sahaja menjual Baju Melayu Ready To wear, malah kami juga turut menjual secara borong kepada pemborong dan penjual baju melayu seluruh Malaysia. Dan pembeli juga boleh custom baju mereka mengikut warna, jenis baju – sama ada cekak musang atau leher teluk belanga dan size yang mereka kehendaki . untuk Ready To Wear Mereka boleh beli secara online di Shopee dan Tiktok selain boleh juga datang terus ke HQ Mikaseries di permaisuri Cheras untuk beli terus atau custom to wear,” ujarnya. – KopiPlanet.com