FesyenGaya Hidup

Amber Perkenal Konsep Terbaharu di Wangsa Walk Mall Bertemakan Elegan & Moden

Jenama fesyen terkenal, Amber, melangkah setapak ke hadapan dalam dunia gaya dan elegan dengan pembukaan semula butik Amber di Wangsa Walk Mall yang kini tampil dengan wajah baharu, moden dan segar.

Majlis perasmian butik ini berlangsung meriah dengan kehadiran barisan duta Amber iaitu Fattah Amin, Amira Othman, dan Amyra Rosli yang turut memeriahkan suasana bersama peminat serta pelanggan setia.

Butik Amber kini menampilkan rekaan dalaman yang lebih mewah, susun atur yang teratur, serta pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang mengutamakan gaya dan keselesaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn. Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, pembukaan semula butik Amber adalah langkah penting dalam usaha memperkukuh kedudukan jenama itu

“Pembukaan semula butik Amber di Wangsa Walk Mall ini adalah satu langkah penting dalam usaha kami memperkukuh kedudukan jenama ini di pasaran fesyen tempatan.

“Wajah baharu butik ini bukan sahaja mencerminkan identiti Amber yang elegan, malah melambangkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih premium.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan pelanggan setia dan berharap butik ini akan menjadi destinasi pilihan utama bagi penggemar fesyen,” katanya.

Acara pembukaan ini turut dimeriahkan dengan sesi ramah mesra bersama duta jenama, tawaran istimewa kepada pelanggan terawal, serta peluang untuk melihat lebih dekat koleksi terbaharu Amber.

Kehadiran selebriti ternama seperti Fattah Amin, Amira Othman dan Amyra Rosli menambah seri acara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Amber sebagai jenama fesyen pilihan selebriti dan penggemar fesyen tempatan.

Dengan slogan ‘Amber – Where Elegance Meets You’, butik ini menggabungkan konsep elegan dan moden untuk memberikan pengalaman yang mempersonakan setiap pelanggan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button