FilemTerkini

Coolie Catat Rekod Tersendiri, Raih Kutipan RM4.3 Juta Dalam Tempoh Sehari Tayangan Di Pawagam

Filem terbaharu Tamil, Coolie mencatat sejarah tersendiri apabila mencatatkan jualan tiket sebanyak 220,000 dengan kutipan RM4.3 juta dalam tempoh sehari setakat 14 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, sambutan hangat daripada peminat menjadikan filem arahan Lokesh Kanagaraj itu berjaya meraih kutipan harian tertinggi di negara ini.

Ujarnya, filem Coolie merupakan filem ke-171 bintang Rajinikanth dan menjanjikan elemen kejutan, ‘plot twist’ buat para penonton.

“Dalam filem ke-171 ini, jualan tiket dalam dunia ini, Malaysia is number one. Dalam semua filem Tamil, koleksi first day, first show, Rajinikanth is number one.

‘’Dalam movie ini, banyak elemen surprise, twist dan ini filem aksi, filem ini ada sari kata bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Ujar Abdul Malik berikutan sambutan yang luar biasa, Datuk Malik mengesahkan Rajinikanth bakal hadir ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Kami dah berbincang dengan pihak Rajinikanth dan ya, dia akan datang dalam masa terdekat iaitu satu dua bulan ini,” katanya lagi.

Ujar beliau, filem ini juga bakal dialih suara ke dalam bahasa Melayu pada minggu depan.

Selain Rajinikanth, filem Coolie turut dibintangi Nagarjuna, Shruti Haasan dan Upendra serta penampilan khas daripada bintang Bollywood, Aamir Khan.

Tahun ini, Malik Streams memiliki hak penuh sebagai pengedar rasmi untuk filem berkenaan yang sudah mula ditayangkan di seluruh negara pada 14 Ogos lalu.

Coolie ialah filem thriller aksi berbahasa Tamil India 2025 yang diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj dan diterbitkan oleh Kalanithi Maran. 

Selain Rajinikanth, filem berkenaan turut Nagarjuna, Soubin Shahir, Upendra, Shruti Haasan, Sathyaraj dan Aamir Khan.

Ia juga adalah perjalanan yang paling tidak dapat dilupakan dan menarik untuk peminat Superstar kerana filem ini menandakan 50 tahun Superstar Padma Bhushan Rajinikanth dalam industri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button