
Setelah lebih tiga dekad membawa haluan masing-masing, kini Nada Murni yang suatu ketika dulu pernah menjadi fenomena antara kumpulan nasyid terawal muncul kini bersama reunion dalam satu persembahan Konsert Lagenda Nada Murni.
Karri Talk Production dan Westzone Entertainment, penganjur konsert terkemuka dengan bangganya mempersembahkan Konsert Lagenda Nada Murni yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada jam 8 malam, 7 Disember 2025.
Konsert Lagenda Nada Murni ini bakal menampilkan ahli kumpulan asalnya iaitu kumpulan nasyid Hijjaz dan Rabbani untuk beraksi bersama dalam satu pentas. Konsert ini pastinya bakal membawa penonton mengimbau kenangan era nasyid popular 80-an ketika itu yang trending dengan lagu-lagu seperti Di Pondok Kecil, Di Sini Kami Berkumpul, Tanpa Agama dan banyak lagi. Selain itu, netizen juga boleh menyaksikan persembahan ekslusif dari artis jemputan Saujana, Akhil Hai Dan Pak Dinie juri pada malam konsert nanti.
“Konsert Lagenda Nada Murni bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi sebuah pertemuan semula yang penuh makna selepas lebih tiga dekad.
“Kami percaya malam ini akan menjadi satu detik penuh memori buat peminat, kerana mereka bukan sahaja dapat mengimbau nostalgia era kegemilangan nasyid 80-an, tetapi juga merasai semangat kebersamaan yang pernah menyatukan kita semua melalui muzik yang murni dan berjiwa,” wakil penganjur, Karri Talk Production & Westzone Entertainment.
Peminat kumpulan nasyid pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini kerana Konsert Lagenda Nada Murni yang bakal berlangsung selama dua jam ini akan menjanjikan satu malam untuk pengisian jiwa sambil berhibur dengan paduan suara mereka yang berdendang dengan irama penuh syahdu.
Tiket- tiket akan mula dijual secara rasmi bermula pada 26 Semtember ini dan dijangka akan habis terjual dalam masa yang singkat. Tiket akan dijual secara eksklusif di Ilasso Tickets. Istimewanya kategori tiket ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Lelaki (Men Section), Wanita (Women Section) dan Keluarga (Family Section).
Peminat boleh pilih untuk setiap kategori mengikut bahagian tiket yang mereka mahukan. Justeru, peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak kecewa dan dapat bersama-sama turut serta konsert yang dinanti-nantikan peminat nasyid Malaysia.

Mengenai Nada Murni
Kumpulan Nada Murni merupakan sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang satu ketika dulu aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan aktif era 1980-an di Malaysia. Mereka telah berpecah pada tahun 1994. Bekas ahli-ahli kumpulan itu menyertai kumpulan-kumpulan Nasyid yang terkenal di Malaysia seperti Rabbani dan Hijjaz. Kumpulan Nada Murni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti ‘Bila Nur Melimpah Di Hati ‘dan ‘Nun Di Sana ‘. Bermula hanya dengan membuat persembahan di majlis ceramah-ceramah. Mereka juga telah merakamkan album di dalam gelung (saluran air) di Kampung Sungai Penchala. Pada waktu itu, mereka belum ada studio ataupun alat muzik. Mereka hanya bernasyid bersama dengan satu nada sahaja.
INFO JUALAN TIKET:
Tarikh Jualan Tiket : 26 September 2025
Platfom Jualan Tiket : ILASSO TICKETS & FANTOPIA
HARGA TIKET:
RM258.00, RM238.00, RM218.00, RM128.00