EventHiburan

Lagu dan Muzik Video Baru Jangan Henti & Meraikan Peminat Menjelang Konsert EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025

EMPAT, gabungan empat bintang tersohor tanah air iaitu Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, tampil dengan kejutan istimewa buat para peminat menerusi lagu baharu berjudul Jangan Henti. Lagu ini hadir sebagai simbol kasih, semangat, dan penghargaan EMPAT terhadap sokongan tanpa henti yang diterima sepanjang perjalanan seni mereka.

“Jangan Henti adalah hadiah terbaru daripada kami buat para peminat. Lagu ini yang dirakamkan khas ini lahir daripada kasih dan semangat yang tidak pernah putus, sama seperti sokongan anda yang sentiasa mengiringi langkah kami. Semoga irama ini menjadi pengikat kenangan terindah menjelang Konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025.”

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan lirik oleh Syamel, Ernie & Edry dengan kerjasama Anuar Zain Network Sdn Bhd, Ziana Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd. “Jangan Henti” dijangka akan berada di semua digital platform pada minggu hadapan. 

Dalam meraikan momen bersejarah ini, EMPAT turut mengadakan sesi eksklusif bersama peminat pada 4 Oktober 2025 di Sungei Wang Plaza, bersempena tayangan perdana muzik video Jangan Henti.

Lebih daripada sekadar kemunculan eksklusif, yang paling bermakna buat peminat ialah peluang berfoto secara peribadi bersama EMPAT — empat figura seni yang telah lama mewarnai industri dengan karya dan dedikasi mereka. 

Seramai 70 peminat bertuah akan dipilih; 50 terawal yang hadir dengan bukti pembelian tiket konsert, dan 20 terawal yang membeli tiket di lokasi acara. Semua yang terpilih akan menerima poster eksklusif bertandatangan EMPAT sebagai kenangan.

EMPAT turut menzahirkan rasa syukur mereka kepada para peminat

“Kami, EMPAT, menantikan kehadiran anda dengan penuh rasa syukur dan terima kasih. Setiap  anda yang hadir bukan sekadar memberi sokongan, tetapi menjadi sumber kekuatan dan semangat buat kami. Sokongan anda adalah inspirasi yang akan membawa tenaga, kekuatan dan doa  agar konsert pada 18 Oktober nanti bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi sebuah kenangan terindah buat anda semua” ujar EMPAT.

Acara ini menjadi pemanas semangat sebelum konsert utama, Konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025, yang bakal berlangsung pada 18 Oktober di Mega Star Arena. 

Inilah acara yang tidak boleh dilepaskan! Tandakan tarikh penting ini di kalendar anda:

📌 Tayangan Eksklusif Muzik Video “Jangan Henti”

📅 4 Oktober 2025 (Sabtu)

🕛 12 Tengahari

📍 Centre Court, Sungei Wang Plaza

Bukan hanya membuat kemunculan eksklusif, perkara yang lebih penting untuk diutamakan oleh peminat adalah peluang berfoto secara peribadi dengan EMPAT figura hebat ini. 

🎁 Cara Menjadi Antara 70 Peminat Bertuah

  1. 50 peminat terawal yang hadir dengan bukti pembelian tiket konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025 – layak untuk Sesi Foto 1:1 bersama EMPAT.
  2. 20 pembeli pertama tiket konsert di lokasi acara – turut layak untuk Sesi Foto 1:1.

✨ Bonus istimewa: 70 peminat bertuah akan juga menerima Poster Bertandatangan Eksklusif EMPAT sebagai tanda kenangan manis dari mereka. 

💖 Hadiah Buat Semua Peminat

Buat peminat yang tidak sempat menjadi antara 70 yang terawal, jangan bimbang – anda juga tetap boleh membawa pulang poster bertandatangan tambahan (siapa cepat, dia dapat!).

Jangan lepaskan peluang eksklusif ini! Jadilah antara 70 peminat bertuah yang dapat berfoto bersama EMPAT dan membawa pulang poster bertandatangan artis kesayangan anda.”

🎤 Suara Hati EMPAT

“Ini adalah lambang apresiasi EMPAT terhadap peminat yang telah memiliki tiket konsert dan juga mereka yang hadir membeli tiket semasa tayangan eksklusif Muzik Video Jangan Henti itu nanti. 

“EMPAT, menantikan kehadiran anda dengan penuh rasa syukur dan terima kasih. Setiap  anda yang hadir bukan sekadar memberi sokongan, tetapi menjadi sumber kekuatan dan semangat buat kami. Sokongan anda adalah inspirasi yang akan membawa tenaga, kekuatan dan doa  agar konsert pada 18 Oktober nanti bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi sebuah kenangan terindah buat anda semua” ujar EMPAT.

Kami mahu konsert itu menjadi kenangan luar biasa – bukan hanya untuk kami di atas pentas, tetapi juga untuk anda yang sentiasa ada di hati kami. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kami benar-benar menanti untuk bertemu anda.”** – EMPAT

Konsert ini dijangka menjadi malam penuh magis, menggabungkan empat suara emas dalam satu pentas, menjanjikan persembahan bersejarah untuk para peminat muzik tempatan.

Inilah masanya! Konsert EMPAT Live in Kuala Lumpur 2025 pada 18 Oktober di Mega Star Arena bakal jadi malam penuh magis dan sejarah baharu industri muzik tempatan. Pastikan anda bersedia – sihat, bertenaga, dan hafal semua lirik – kerana EMPAT akan memberi persembahan terbaik buat anda. Jangan ketinggalan untuk jadi sebahagian daripada detik bersejarah ini! 

Bagi masih yang belum mendapatkan tiket, anda boleh dapatkan tiket anda di: http://www.ticket2u.com.my/empatkl . – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button