Cerita ArtisHiburan

Amylea Azizan Akui Sudah Bercerai, Tidak Mahu Ulas Lanjut Punca Perpisahan

Penyanyi dan komposer popular, Amylea Azizan mendedahkan dia kini sudah tidak lagi begelar isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Amylea menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya dan turut memaklumkan sudah selesai menjalani tempoh idah dan masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya.

“Assalamualakum, berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya sangat hormati dan sayangi ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya. Kami masih berhubungan baik. Saya sudah lama tamat idah dan dalam keadaan sejahtera,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Pernah Hilang itu berharap agar insan-insan tersayangnya tidak melalui kesedihan seperti yang dialaminya.

“Saya doakan kesedihan seperti saya tidak akan berulang kepada semua orang yang saya sayangi. Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami dan sekarang reda dengan takdir Allah.

“Doakan saya. Berita ini tak sepenting hal yang berlaku di dunia tapi saya hanya nak mengelakkan fitnah,” ujarnya.

Bagaimanapun, Amylea tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka.

Sebelum ini, Amylea mendirikan rumah tangga dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash pada 27 November 2023. 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button