
Dapat 6A Dalam Peperiksaan Percubaan Hingga Dikecam Netizen, Alyssa Dezek Sasar Mahu ‘Straight A’ Dalam SPM Sebenar Dengan Kelas Online PTTI
Penyanyi dan pelakon remaja popular, Alyssa Dezek, kembali mencuri perhatian ramai menerusi kejayaan akademik yang membanggakan ketika peperiksaan percubaan SPM.
Menerusi peperiksaan berkenaan Alyssa telah berjaya memperoleh 6A, hasil bimbingan daripada kelas dalam talian PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024)’.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut yang diraih itu, ternyata Alyssa turut berdepan kecaman segelintir netizen yang mendakwa pencapaiannya disebabkan oleh ‘kabel’ dan bukan hasil usaha sendiri.
Alyssa berkata, biarpun sibuk dengan kerjaya seni, dia tetap cari masa terbaik untuk belajar sekaligus ingin membuktikan kejayaan adalah milik semua orang.
“Memang jadual seni saya agak padat, tetapi saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.
“Saya bersyukur sebab PTTI banyak membantu secara dalam talian, daripada markah yang tidak memuaskan, kini saya berjaya dapat A,” jelas Alyssa ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.
Berbekalkan semangat dan tekad tinggi, Alyssa kini menyasarkan untuk memperoleh ‘straight’ A dalam peperiksaan SPM sebenar dengan meneruskan perjuangannya bersama PTTI yang terkenal dengan kaedah pembelajaran interaktif dan strategi menjawab soalan yang berkesan.
Kisah Alyssa menjadi inspirasi kepada ramai pelajar bahawa kejayaan bukan bergantung pada siapa kita, tetapi sejauh mana usaha yang dicurahkan untuk mencapainya.
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang ingin mencapai keputusan cemerlang seperti Alyssa, layari laman rasmi 👉 www.ptti.my untuk maklumat lanjut mengenai kelas dalam talian PTTI. – KopiPlanet.com



