EventHiburan

Belayar Di Atas Kapal Mewah Bersama SUKA Cruise Sambil Menikmati ‘STAR KRUise Showcase’

Sejak kemunculannya dalam industri hiburan tanah air pada tahun 1992, KRU kekal sebagai jenama unggul yang sinonim dengan inovasi dan kecemerlangan. Karya mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi pencetus revolusi yang membentuk landskap industri muzik Malaysia hingga ke hari ini.

Sebagai trio legenda yang terus diingati dan disayangi peminat, aura Dato’ Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim kekal menyala, membuktikan bahawa kehebatan mereka tidak pernah pudar meskipun dekad berganti.

Selepas kejayaan luar biasa siri Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei 2025 — yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records — dan menjelang GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025, KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air.

Yang terbaru, KRU akan membuat kelainan dengan satu pengalaman luar biasa apabila SUKA Cruise, dengan sokongan StarDream Cruise dan Sony Music Malaysia, mempersembahkan STAR KRUise Showcase.

“Pelayaran ini bukan sekadar percutian mewah, ia adalah pengalaman eksklusif untuk menjadi tetamu VVIP KRU, menyaksikan persembahan istimewa mereka secara dekat di atas kapal yang membelah samudera, lengkap dengan pelbagai aktiviti hiburan, sajian antarabangsa, dan fasiliti bertaraf dunia.

“Kami sentiasa mencari kelainan untuk memberi kepuasan dan pengalaman berbeza, bukan hanya kepada peminat, tetapi juga kepada artis yang kami bawa,” ujar Adam.

Bagi pihak KRU, idea yang dibawa oleh penganjur disambut dengan penuh keterujaan kerana ia bukan sahaja memperkenalkan konsep baharu, malah menjadi mercu tanda sejarah dalam industri hiburan Nusantara.

Ujar Norman dia bersama Yusry dan Edry amat teruja untuk membuat persembahan di atas kapal persiaran buat pertama kali dalam kerjaya mereka.

“STAR KRUISE SHOWCASE di atas STAR VOYAGER CRUISE yang merentasi Singapura, Malaysia dan Thailand menjanjikan pengalaman yang cukup unik dan bermakna.

“Persembahan ini direka khas untuk mencipta suasana yang lebih dekat dan peribadi bersama peminat, jauh berbeza daripada konsert berskala besar dan kami ingin peminat merasai kehangatan dan keikhlasan setiap lagu yang disampaikan, dalam suasana yang lebih santai dan eksklusif,” ujarnya.

Menurut Norman, mereka sangat menantikan peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama peminat sepanjang pelayaran kerana ia bukan sekadar persembahan, tetapi satu perjalanan penuh kenangan yang akan dikongsi bersama.

“Kami tidak melakukan Star KRUise Showcase untuk mencari populariti, tetapi untuk memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza kepada peminat.

“Persembahan di atas kapal mewah yang berlayar dari Singapura, Malaysia dan Thailand ini akan memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Kami berharap peminat tidak melepaskan peluang untuk bersama kami dalam pelayaran bersejarah ini,” ujarnya.

Penganjuran pertama seumpamanya yang akan membawa KRU dan peminat mereka berlayar bersama di atas kapal mewah Star Voyager Cruise (SVO) selama 5 hari 4 malam.

.Pelayaran ini akan berlangsung dari:

  • 25 hingga 29 Januari 2026 (Perlepasan dari Singapura)
  • 26 hingga 30 Januari 2026 (Perlepasan dari Port Klang, Malaysia)

Laluan pelayaran pula merangkumi destinasi menarik — Singapura • Port Klang • Phuket • High Seas • Singapura / Port Klang. – KopiPlanet.com

PAKEJ PELAYARAN & SHOWCASE

Peminat boleh memilih daripada beberapa pakej istimewa yang disediakan untuk pelayaran ini:

Jenis Kabin1st & 2nd Pax3rd & 4th Pax
Interior Stateroom (ISS)RM2,588RM1,888
Oceanview Stateroom (OSS)RM2,888RM1,988
Balcony Stateroom (BSS)RM2,988RM2,188
Palace Suite (DPS)RM4,988RM3,988
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button