Cerita ArtisHiburan

“Saya Nak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Suami & Ayah…” Kamal Adli Mahu Selamatkan Rumah Tangga

Setelah tidak hadir pada sebutan kes cerai tempoh hari, akhirnya pelakon popular Kamal Adli muncul di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Kamal berkata, kehadirannya ke mahkamah pada pagi ini adalah sebagai tanggungjawab dirinya untuk menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.

“Saya datang pun dengan niat baik, apa pun saya datang sebab nak selamatkan (rumah tangga). Macam hari tu saya tak dapat nak datang sebab ada masalah sikit, saya ada keje.

“Jadi saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Doa yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, berkenaan dengan sama ada dia ada berkomunikasi dengan Uqasha, pelakon itu mengakui hanya berhubung menerusi peguam sahaja.

“Melalui peguam sahaja kerana adalah sekatan-sekatan yang dilakukan. Ada beberapa ‘roadblock’ yang susah nak sampai.

“Kami hanya berhubung menerusi surat-menyurat sahaja… dah macam zaman dahulu. Mungkin saya hantar pakai burung lepas ni,” ujarnya.

Sebelum ini, dunia hiburan digemparkan dengan apabila Uqasha membuat permohonan cerai terhadap suaminya setelah dikatakan tiada lagi persefahaman antara mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button