EventHiburan

HAVOC TRIO FESTIVAL 2025 Tampilkan 300 Vendor, Sasar Kehadiran 500,000 Pengunjung

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran HAVOC TRIO FESTIVAL 2025, sebuah festival mega tahunan yang menghimpunkan tiga segmen utama, Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.

Festival ini akan berlangsung selama empat hari, dari 4 hingga 7 Disember 2025, bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, bermula dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Menampilkan lebih 300 vendor pelbagai kategori termasuk makanan viral, gaya hidup, produk pendidikan dan kelengkapan persekolahan, Havoc Trio Festival 2025 dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.

Festival Untuk Semua – Shopping, Eat & Enjoy

Menggabungkan semangat “Shopping, Eat & Enjoy”, Havoc Trio Festival menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk berbelanja, menjamu selera dan berhibur dalam suasana festival rakyat yang penuh warna-warni.

Selain tawaran jualan akhir tahun, pengunjung turut akan menikmati promosi eksklusif, diskaun besar-besaran, aktiviti komuniti, persembahan artis, dan kejutan menarik setiap malam.

Segmen Islamik & Kerohanian Diperkenalkan

Buat pertama kali, Havoc Trio Festival 2025 turut memperkenalkan program Islamik yang mengetengahkan elemen kerohanian dan perpaduan ummah. Antara program yang bakal diadakan ialah:

• Malam Mahabbah

• Malam Kerohanian bersama pendakwah jemputan

• Persembahan Nasyid & Special Appearance Penyanyi Lelaki

Program ini diadakan bagi memberi ruang kepada pengunjung menikmati suasana festival yang bukan sahaja meriah, tetapi juga bernilai rohani dan kekeluargaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Havoc Event & Management Sdn. Bhd, Dato’ Firdaus Nadxaman berkata,Havoc Trio Festival bukan sekadar festival, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti  seperti usahawan, vendor, pelancong dan keluarga. 

“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai festival rakyat yang merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun.

“Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran ramai selebriti, jenama besar, serta aktiviti Islamik dan kerohanian yang memberi nilai tambah kepada seluruh pengunjung,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Havoc Event & Management Sdn.Bhd., Faizul Mohd Yusof menjelaskan, dari segi teknikal dan perancangan, pasukan Havoc telah mempertingkatkan struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung, dan kemudahan usahawan agar pengalaman di Havoc Trio Festival 2025 lebih lancar dan selesa. 

“Kami juga memperkenalkan pelbagai variasi aktiviti dan keselesaan kepada semua lapisan masyarakat serta promosi besar-besaran yang Havoc bawakan kepada usahawan dan pengunjung,” ujarnya.

Senarai Artis & Aktiviti Menarik

Selain Aliff Aziz dan Mark Adam, antara artis yang bakal memeriahkan pentas Havoc Trio Festival 2025 termasuk Ruhainies, Risteena Asfan Shah, Syura Badron, Qistina Raisya, Daud Latah, Chef Ammar,

Azza Elite, Saharul Ridzwan, Vokey, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Aktiviti interaktif seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, serta persembahan malam kerohanian & permainan rakyat bakal memberi pengalaman luar biasa buat seisi keluarga. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button