FesyenGaya Hidup

JeMels Atelier Perkenal Koleksi Raya 2026 Dengan Rekaan Eksklusif ‘Bunga Tanjung’

JeMels Atelier semakin mengembangkan pasaran dalam industri fesyen tempatan dengan melancarkan butik baharu yang terletak pusat membeli-belah di IOI City Mall Putrajaya, 

Dengan butik baharu tersebut, ia sekali gus memperkenalkan Koleksi Raya 2026 dan rekaan eksklusif Bunga Tanjung yang menjadi tumpuan utama pelancaran kali ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, yang menyifatkan pembukaan butik itu sebagai satu penanda aras baharu dalam usaha JeMels memperluaskan capaian pasaran dan mendekati pelanggan di lokasi tumpuan.

Beliau berkata, butik di IOI City Mall merupakan cawangan pertama JeMels Atelier yang dibuka dalam pusat beli-belah besar.

Pelancaran tersebut turut memperkenalkan 20 rekaan awal daripada 70 rekaan keseluruhan Koleksi Raya 2026 yang akan dilancarkan secara berperingkat menjelang Aidilfitri.

“Kami mahu menarik perhatian pelanggan di pusat beli-belah besar seperti IOI City Mall. Ini satu langkah penting untuk membawa nama JeMels lebih jauh,” katanya.

“Apa yang dipamerkan hari ini hanya 20 peratus daripada keseluruhan koleksi raya kami. Selebihnya akan diperkenalkan dari semasa ke semasa,” jelas Tengku Dato’ Hishammuddin.

Selain koleksi raya, JeMels menampilkan rekaan eksklusif Baju Kurung Batik Bunga Tanjung, diinspirasikan daripada bunga rasmi Negeri Selangor yang melambangkan keanggunan dan kelembutan wanita.

“Rekaan ini sangat eksklusif dan jika dikeluarkan pun, ia dalam jumlah yang sangat terhad,” katanya sambil menerangkan simbolik sembilan kelopak yang mewakili daerah di Selangor.

JeMels Atelier yang terkenal dengan rekaan dalaman sepenuhnya hasil tenaga mahir tempatan turut mengekalkan kelebihan dalam kawalan kualiti serta harga.

Mengulas pemilihan IOI City Mall sebagai lokasi terbaharu, Tengku Dato’ Hishammuddin berkata pusat beli-belah itu merupakan antara destinasi paling ikonik dan tumpuan pengunjung setiap hari.

“Kami yakin kehadiran di sini dapat menarik lebih ramai pelanggan, selain mengukuhkan lagi jenama JeMels di pasaran,” katanya.

Tidak hanya meriah dengan rekaan baharu, majlis perasmian turut dimeriahkan dengan kehadiran artis popular tanah air seperti Diana Danielle, Asyraf Muslim, Nelissa Nizam, Julia Farhana dan Zeera Azizi, selain kehadiran pempengaruh media sosial yang turut memeriahkan suasana.

Dalam pada itu, Tengku Dato’ Hishammuddin menzahirkan harapan besar agar JeMels terus berkembang sebagai jenama pilihan utama rakyat Malaysia.

“Harapan saya, JeMels menjadi jenama terkenal tempatan. Kami mahu produk tempatan ini dikenali bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Nusantara, termasuk Indonesia,” ujarnya.

Produk JeMels boleh didapati di butik, menerusi platform seperti TikTok Shop dan Shopee.

Majlis yang dihadiri tetamu kehormat, rakan media, pelanggan setia dan komuniti pempengaruh itu menjadi satu lagi langkah penting dalam perkembangan JeMels Atelier sebagai peneraju fesyen sopan moden yang mendukung warisan budaya Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button