Cerita ArtisHiburan

Pelakon Adik Manja, Dharma Harun Al-Rashid Meninggal Dunia

Pelakon popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam ini.

Berita sedih berkenaan telah dimaklumkan sendiri anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” tulisnya menerusi Instastory. 

Pelakon berkenaan kali pertama muncul di layar perak menerusi filem Adik Manja pada 1980 bersama gandingan Noorkumalasari.

Allahyarham meninggalkan dua anaknya, Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq  yang sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button