Cerita ArtisHiburan

Video Demo Dapat Jumlah Tontonan 500,000, Jaja Ishak Tak Sangka Lagu ‘Hati Yang Dikecewa’ Dapat Sambutan Hangat

Biarpun hanya memuat naik demo sahaja, penerbit popular Jaja Ishak tanya menyangka lagu yang diterbitkannya berjudul Hati Yang Dikecewa nyanyian anak Ina Naim iaitu Phyrosh Elfadwah atau Yosh mendapat sambutan hangat.

Jaja berkata, biarpun pihaknya cuma memuatnaik video demo sahaja di aplikasi TikTok, namun ia sudah ditonton sebanyak 500,000.

“Sebenarnya penghasilan lagu ini dibuat secara tidak sengaja kerana pada masa sama pihak kami sedang menghasilkan lagu raya, Dentam Dentum Raya nyanyian anak sulung Ina, Hadie Elfardie yang dinyanyian bersama Auddra dan Ammar Haikal.

“Kemudian semasa berborak dengan Ina, saya ada beritahu sedang mencari penyanyi untuk lagu Hati Yang Dikecewa ini dan secara spontan saya tawarkan pada Yosh,” ujarnya.

Jaja yang juga pemilik Jaja Ishak Channel (JIC) berkata demikian ketika ditemui semasa sesi santai bersama media yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Jaja, proses untuk merakamkan lagu berkenaan hanya mengambil tempoh selama seminggu sahaja dan akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Dalam pada itu, mengulas tentang kerjasama antara pihaknya bersama anak-anak Ina Naim, Jaja memberitahu dia sangat selesa bekerjasama kerana mereka dapat memberikan komitmen yang sangat baik.

Jelasnya, dia tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, asalkan mudah untuk memberikan kerjasama agar memberikan keselesaan kepada semua pihak.

“Arwah Suhaimi Saad adalah rakan lama dan Ina pula memang banyak waktu bersama saya. Saya tidak nafikan mudah untuk saya bekerja dengan mereka dengan komitmen yang diberikan.

“Pada mulanya kami lamar Hadie dulu untuk merakamkan lagu, tetapi tak sangka pula Yosh akan tampil lebih awal dan yakin namanya akan mula meniti di bibir peminat menerusi lagu ini nanti,” ujarnya.

Lagu Hati Yang Dikecewa nyanyianYosh terbitan Jaja Ishak Channel bakal menemui peminat pada 5 Disember ini di semua platform penstriman digital. – KopiPlanet.com

@jajaishak

Stay Tuned Guys ❤️❤️❤️

♬ original sound – Jaja Ishak – Jaja Ishak
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button