EventHiburan

Mahu Ubati Kekecewaan Peminat Di Sabah, Wali Band Bakal Muncul Dengan Konsert ‘Wali Live In Kota Kinabalu’

Menyedari kekecewaan peminat di Sabah apabila konsert mereka yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada 2024 tidak menjadi kenyataan, Wali Band kini kembali dengan azam baharu untuk menebus momen yang tertangguh itu.

Wali Band yang dianggotai Faank selaku vokalis, Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci) akan kembali beraksi di KONSERT WALI LIVE IN KOTA KINABALU anjuran 25th Studio & Infinity Love Creative Ventures yang bakal berlangsung di SICC Kota Kinabalu, Sabah pada 12 April 2026 ini.

Vokalis Wali Band, Faank berkata, mereka sedar ramai peminat di Sabah kecewa apabila konsert yang sepatutnya mereka jayakan di Kota Kinabalu pada 2024 tidak menjadi kenyataan.

“Kami turut merasakan kekecewaan itu. Namun, apa yang berlaku ketika itu berada di luar kawalan kami dan kami sendiri tidak mengetahui punca konsert tersebut tidak dapat direalisasikan.

“Apabila menerima tawaran daripada pihak penganjur, 25th Studio & Infinity Love Creative Ventures, untuk menjayakan konsert di Kota Kinabalu, kami melihatnya sebagai peluang terbaik untuk menebus kembali kekecewaan peminat,” jelasnya.

Menurut Faank lagi, dia juga menyedari mungkin ada peminat di Sabah yang tidak percaya atau berasa was-was apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran konsert mereka ini.

“Apa yang boleh kami katakan, tunggu sahaja kehadiran kami nanti. Kami tidak sabar untuk beraksi di
hadapan kalian semua,” katanya lagu.

Tiket Konsert Wali Live in Kota Kinabalu akan mula dijual pada 12 Februari 2026 pada harga RM688 – Cari Jodoh (VIP), RM488 – Yank (Gold), RM288 – Baik Baik Sayang dan RM98 – Nenekku Pahlawanku.

Tiket boleh dibeli menerusi pautan: www.ilassotickets .com. Layari media sosial rasmi @konsertwalikembali2026 di platform TikTok dan Instagram untuk sebarang info terkini.

Konsert ini juga mendapat sokongan daripada Era FM Sabah dan Era Sarawak selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak selaku portal rasmi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button