Cerita ArtisHiburan

“Lepas Gian Selepas 10 Tahun Tak Direct…” – Erma Fatima Kembali Bergelar Pengarah?

Selepas 10 tahun mengarahkan drama terbaik, Pesan Dari Tuhan, penerbit dan pelakon Erma Fatima mencuri tumpuan apabila berkongsi untaian foto dirinya seolah-olah memberi bayangan dirinya kembali ke kerusi pengarah.

Tanpa memperincikan terlalu mendalam, Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali menerusi Instagram memuat naik foto berada di set penggambaran untuk sebuah projek kerjasama Malaysia dan Indonesia.

“Lama tak rasa macam ini (begini),” demikian coret Erma, 58, di samping beberapa foto yang menyaksikan pelakon ‘A-list’ terlibat dalam projek terbabit termasuklah Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Dalam hantaran terbabit, Erma menggunakan audio lagu islamik, Wahai Pemilik Jiwa dendangan asal Opick.

Turut kelihatan dalam hantaran terbabit adalah gambar bintang Indonesia, Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

Erma memaklumkan, dia sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah dan sekadar melepaskan rindu untuk projek istimewa tersebut.

“Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah). Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang,” katanya ringkas.

Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu kali terakhir mengarah menerusi telefilem Pesan Dari Tuhan yang diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button