
Kumpulan nasyid tersohor tanah air, Rabbani, bakal mengadakan siri persembahan istimewa di Uzbekistan bermula 23 hingga 30 April 2026, melibatkan penyertaan lebih 50 peserta dari Malaysia menerusi Pakej Percutian Bersama Rabbani anjuran Jawahir Travel & Tour Sdn. Bhd.
Sepanjang program ini, Rabbani dijadualkan membuat persembahan di beberapa lokasi utama termasuk Samarkand dan Tashkent, dua bandar bersejarah yang terkenal dengan keindahan seni bina serta warisan ketamadunan.
Selain menikmati persembahan eksklusif, para peserta turut berpeluang mengikuti lawatan ke destinasi pelancongan menarik di Uzbekistan, menjadikan pakej ini satu pengalaman yang menggabungkan hiburan, budaya dan penghayatan sejarah.
Berkaitan kebimbangan orang ramai terhadap situasi semasa di beberapa wilayah dunia, pihak penganjur ingin menegaskan bahawa Uzbekistan merupakan destinasi yang stabil dan tidak terlibat dengan mana-mana laluan kawasan bergolak atau zon konflik semasa.
Laluan perjalanan serta lokasi lawatan yang dirancang adalah selamat dan tidak terjejas, selaras dengan nasihat perjalanan semasa. Oleh itu, para peserta serta peminat tidak perlu risau untuk menyertai pakej ini.
Penyertaan bagi pakej ini masih dibuka dan kini memasuki panggilan terakhir. Orang ramai yang berminat masih berpeluang untuk menyertai selagi tempat masih tersedia.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat dengan menghubungi wakil Jawahir Travel & Tour Sdn. Bhd. di talian +60 13-912 6076 atau melayari laman web rasmi di www.jawahirtravel.com.my.
Hampir tiga dekad berada dalam industri, Rabbani terus mengekalkan kedudukan sebagai antara kumpulan nasyid paling popular dan aktif di Malaysia.
Mereka dikenali dengan karya-karya yang sarat dengan mesej kemanusiaan, keinsafan dan nilai-nilai kehidupan sejagat, serta kekuatan vokal yang konsisten dan persembahan pentas yang tersendiri.
Terbaharu, Rabbani tampil dengan single berjudul “Tercipta Bersama”, hasil sentuhan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya. Kumpulan ini juga sedang dalam perancangan untuk menjalankan penggambaran klip video rasmi lagu tersebut dalam masa terdekat.
Menariknya, kunjungan Rabbani ke Uzbekistan kali ini turut disertai dengan usaha menghasilkan sebuah dokumentari berkaitan ketamadunan dan warisan sejarah di Uzbekistan, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperluaskan kandungan seni dan budaya ke peringkat antarabangsa.
Sepanjang perjalanan kerjaya mereka, Rabbani telah mengadakan persembahan di pelbagai negara termasuk Kuwait, Dubai, Algeria, Mesir, Jordan, Syria, Lubnan, Arab Saudi dan England, selain negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. Ini membuktikan penerimaan yang luas terhadap karya dan persembahan mereka di peringkat antarabangsa.
Rabbani terus relevan merentasi zaman dengan mengekalkan kualiti persembahan dan keunikan tersendiri. Dengan gabungan vokal mantap serta rangkaian lagu-lagu popular, mereka kekal aktif memenuhi undangan persembahan di pelbagai peringkat.
Orang ramai juga dijemput untuk menantikan konsert berskala besar Rabbani yang dijangka berlangsung pada Ogos ini serta penghujung tahun 2026, sebagai kesinambungan kepada perjalanan seni mereka yang penuh inspirasi.
Semoga usaha dan perjalanan seni Rabbani ini terus menjadi pemangkin semangat kepada generasi baharu untuk terus berkarya dan menghasilkan karya berkualiti yang memberi impak positif kepada masyarakat.



