Cerita ArtisHiburan

Hafidz Roshdi Minta Maaf, Merayu Dengan Bekas Isteri Mahu Jumpa Anak

Kemelut yang melanda antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri ternyata sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Ia rentetan daripada satu perkongsian pelakon itu di media sosial apabila dia memohon maaf secara terbuka dengan bekas isterinya itu.

“Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak. Anak-anak perlu father figure dia juga.

“Saya minta maaf atas apa dah jadi pasal benda lepas dari segi kewangan ke emosi ke atau lain-lain yang terlepas pandang,” tulisnya.

Pada masa sama, Hafidz merayu supaya diberi peluang bertemu anak-anaknya selepas melalui pelbagai konflik sebelum ini.

Ujarnya, dia juga menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi bermusuh dan hanya mahu memperbaiki keadaan demi kebaikan bersama.

“Saya tak nak bermusuh dengan awak. Saya nak hak lawat jumpa Humairah dan Umar je. Dan saya dah dapat hak dari mahkamah.

“Saya nak jumpa Umar dan Humairah. Saya nak jalankan tanggungjawab sebagai Abah Humairah dan Umar,” jelasnya.

Selain itu, pelakon berkenaan turut merayu agar tidak dihalang untuk berhubung dengan anak-anaknya, termasuk meminta nombor telefon terkini bagi mengetahui perkembangan mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button