Cerita ArtisHiburan

Marc Syahmie Akui Berdebar Kena Masuk Dalam Peti Mayat Sebenar

Pelakon Marc Syahmie mengakui berdepan detik paling mendebarkan sepanjang bergelar pelakon apabila perlu menjalani penggambaran dalam peti mayat sebenar untuk drama Bila Cinta Menjadi Dosa.

Menurut Syahmie yang memegang watak Amar, dia pada mulanya terkejut apabila dimaklumkan produksi menggunakan peti mayat yang masih digunakan pihak hospital dan bukannya prop penggambaran.

“Bila mula-mula dapat tahu ada babak dalam peti mayat, saya memang berdebar. Tambah saya diberitahu, sehari sebelum penggambaran peti mayat itu memang ada digunakan untuk mayat sebenar.

“Saya bukan takut sebab ia peti mayat, tetapi kelemahan saya dari kecil memang takut tempat sempit dan gelap. Keadaan itu akan menyebabkan saya sesak nafas secara tiba-tiba,” katanya.

Screenshot

Tambah Syahmie, 26, situasi itu menjadi lebih mencabar apabila dia perlu dimasukkan ke dalam beg plastik mayat berwarna putih sebelum diletakkan di dalam peti mayat berkenaan.

“Keadaan memang sangat mengerunkan untuk saya. Saya dimasukkan dalam beg plastik mayat warna putih, kena zip, kemudian diletakkan dalam peti mayat dan pintu ditutup.

“Bayangkan beberapa minit saya duduk seorang diri dalam keadaan sejuk, sempit dan gelap. Masa itu saya betul-betul rasa seperti mayat,” ujarnya.

Walaupun berdepan ketakutan, Syahmie berkata dia cuba mencabar diri demi tanggungjawab sebagai pelakon.

“Saya kena kawal pernafasan dan tenangkan diri. Ingatkan babak itu mudah, tapi sebenarnya perlukan keberanian dan kekuatan mental juga.

“Alhamdulillah saya berjaya lakukan. Ini pengalaman baru untuk saya sebagai pelakon dan bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini,” ujarnya.

Malah katanya, babak tersebut turut memberi kesan mendalam terhadap dirinya sehingga membuatkan dia lebih menghargai kehidupan.

“Sejujurnya banyak saya belajar dan insaf. Masa berlakon jadi mayat itu, terdetik juga dalam hati, kalau suatu hari nanti saya sudah tiada, mungkin beginilah keadaannya.

“Dalam peti itu saya banyak berselawat dan berzikir. Situasi memang sangat real. Bila saya dikeluarkan dan dengar pelakon lain menangis, walaupun mata terpejam saya boleh rasa suasana itu macam betul-betul berlaku meski sekadar lakonan,” katanya.

Ditanya soal ‘badi’, Syahmie bagaimanapun berkata sepanjang penggambaran semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian pelik.

“Setakat ini tiada apa-apa berlaku. Cuma pihak produksi ada nasihatkan saya mandi dan bersihkan diri untuk elak benda tidak baik ikut, tapi semua okay,” jelasnya.

Apa yang lebih mencabar, kata Syahmie, dia terpaksa keluar masuk berulang kali demi menyesuaikan diri dan mendapat shot penggambaran yang menarik.

“Bukan sekali ya, banyak kali juga saya keluar masuk dalam itu. Tapi saya bersyukur sebab akhirnya dapat atasi ketakutan yang saya ada sejak kecil,” katanya.

Dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa, Syahmie bergandingan dengan aktres Che Puan Sarimah Ibrahim yang memegang watak sebagai ibunya.

Karya sebanyak 30 episod yang bersiaran di slot Lestary, TV3 itu bakal melabuhkan tiraimya malam ini

Selain Syahmie dan Sarimah, drama tersebut turut dibintangi Zamarul Hisham, Jasmin Hamid, Siti Elizad, Alya Iman, Zairi Aziz, Nelissa Nizam dan Maria Farida. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button